Thursday, September 30, 2010

Kenduri Aqiqah & Kesyukuran coming soon...

Kami plan nak buat kenduri Aqiqah & Kesyukuran Alia, insyaAllah hujung mgu ni, 3 Okt 2010 jam 10.30pg...Disebabkan ada beberapa masalah problem yg tidak dpt dielakkan, kenduri ni terlambat sudah utk diadakan...skrg ni pun Alia dah masuk 1thn 4 bln daaaa....
xper laaa janji ada rezeki lebih kita buat ala kadar je kan...hmmm mcm2 plan nak buat ni....ishhhkkk sempat ke ni?? Doakan sumer nyer berjalan dengan lancar ye.......

kengkawan sume jemputla dtg nt ye...calling2 laa.....

Sushi King

Ni sume gara2 adik2 ku laaa yg suka sgt mkn sushi..abis anak2 ku pun terjebak sama..
tgk ALia ni...sgtttt suka mkn sushi ok....mulut penuhhhh


haaaa yg ni lg sorang....sgt2 suka mkn sushi...kalu bole hari2 pun xpe...amboiiii byk duitttt??
tp xper, oleh kerna makcik & pakcik ko suka, maka diorg laaa yg tlg byrkan yekk....bln ni saje dah masuk 4-5 kali g mkn sushi......hmmmm dah mcm anak2 jepun dahhhhh


Bagan Lalang oh Bagan Lalang

Cuti raya kami ni asyik berjalan je laaaa....bukan g beraya umah sedara mara, tp berjalan merata2 tanpa dirancang2....
Suatu petang yg nyaman...(ceeewaaaahhh...cam drama lak..) cadang2 nak g kuar mkn, so kitorg plan ler nak g mkn kat Q-Thai kat Nilai tu....dlm perjalanan tu, sempat lg sembang2 dgn adik saya..."ni kalu kita g mkn seafood kat Bagan Lalang pun best ni"...ok jom je...so kitorg ni pun tukar laa plan, terus g bagan lalang je..jarak perjalanan agak jauh laaa gak dari Bangi tu....dekat 1 jam baru sampai..punyer ler semangat nak g mkn seafood kan...

Alih2 kedai mkn yg dituju TUTUP daaaaaaa.....org tu kata kedai tu tutup cuti raya selama 12hari....Waaaaaaaaaaaaaa kuciwaaaaaa nyerrrrr....nape laaaamaaaaa sgttt org tu nak cuti raya..??kitorg dtg dari jauh ni.....

hmmmmm nak g mkn tempat lain takut x sesedap kedai yg hujung tu....so kitorg g laa ambik2 angin laut bagan lalang tu sementara nak hilangkan kepenatan & sambil2 cari idea nak g mkn kat mana lakk....



Ni gambar2 org yg kuciwa.......hehehhee xdpt mkn seafood, kita mkn udara laut bagan lalang je laaaaa nampak gayanyer....


Cerita Raya lg..

ni sambungan kisah berhari raya...

Yg ni Raya kebrapa tah xhenggat laa plak..yg ni best gak..beraya kat Sg Buloh, tempat org jual bunga2 bole????? rombongan 'che kiah' gitu sampai 2 kete serbu....


geram tgk bunga2 kat sana...kalu bawa lori penuh gamaknyer dianggkut balik ni...hehheee

Mak & ayah leka tgk bunga2 kat sana....haaaaa ni sume angkara nak jln2 beraya umah sedara mara xde, sume blk kg,so kitorg bosan, g la bawa mak ayag jalan beraya kat Sg Buloh ni pulakkk..hehheheee....Seronok diorg dpt g sana....Dapat gak ler diorg bawa blk 2-3 pasu bunga ros & bunga raya..anak2 yg bosan...kesian korang ye nak....heheheee

jom ibu g bawa korang mkn2 nak??....NAKKKKK!!!!


Singgah mkn western kat Big Brother, Kota Damansara. Makanan sume sedap2...sayang x amik gambar....


haaaaa tgk aje budak Alia yg suka mkn kat sini.....best kan sayang...???

Cerita lapok Syawal 2010

Salam sume...

Syawal dah abis baru ler ada masa update blog pasal raya thn ni...thn ni raya cam x meriah sgt..xtau nape...saya pun x puas dgr org bertakbir raya....kitorg 1st raya di rumah ibu mertuaku di Taman Permata, Ulu Klang....(sorry gambar raya x sempat nak ambik..bole????, tgu birasku antar gambar2 dari kamera dia je ni....) pepagi lepas bersalam2 & bermaaf2, aktiviti biasa..family photo...kami sempat berposing 2-3 kali je sbb nak berkejar ke Kg Seri Batu,KL (umah mak&ayah) sbb diorg nak g balik raya ke Kuala Pilah..thn ni kitorg xdpt nak join sbb risaukan Alia nak travel jauh2 ni....so beraya laa kitorg kat KL je...

Hari Raya pertama, g jln2 raya kat umah makcik Damansara..sempat ziarah nenek seblum diorg pun nak balik kg N9 daaaaa....waaaaaaaa sob..sob..sobbb...sobarrr je laaaaa


Hari Raya ke2 pulak kitorg beraya kat IKEA...bole??? saje jln2 mencuci mata...


tgk ni...jln kosong je, aman jee kan...seronok ooooooo...sume dah blk kg..

IKEA here we comeeeeeeee.....

Ingat x ramai org, rupe2 nyer...yaaa ampunnnn...berduyun2 laaa org kat sana..diorg ni sume pun sama kes cam kitorg xde kg...hheheeeee... Misi ke sana ialah untuk membeli pinggan2 mangkuk raya....heheee MISSION ACCOMPLISHED..

ptg tu lak g KLCC .....Iffa berhajat sgt nak g sana, so setelah dipujuk rayu ayahnye pun setuju laa bawa g sana....saje2 jln2 gamaknyer..kesian kat anak2 xberaya dgn sedara mara....kat KLCC pun bole tahan ramaiiiiiiiiiii org ok....

tu laaa kisah kitorg yg beraya di KL tahun ni......

sambungannyer....tguuuuuuuuuuuu....

Wednesday, September 29, 2010

Blind girl (5) play Mozart on piano

She really touch my heart......

Keajaiban Tuhan yg Esa...Kanak2 ini baru je berumur 5 thn & cacat penglihatan tetapi mampu bermain piano dgn bagus tanpa mendapat apa2 pendidikan.....tahu bermain piano seawal 3 thn hanya selepas mendengar music......Anak kecik ini diambil sebagai anak angkat oleh pasangan yg tidak mampu mempunyai anak......waaaaaaaaa saya menitiskan air melihatan betapa keajaiban Tuhan yg Maha Esa ini...Subhanallah.......

ni satu lg link mengenai kisah hidupnya : http://www.youtube.com/watch?v=tmaHBFhXEPs

Thursday, September 23, 2010

Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque ( with lyrics)

Nak share dgn kwn2 sume lagu ni..besttt laaa plakkk...byk nasihat tau....

Khas buat kwn2 yg sudah berumahtangga..... :)

Layannnnnnnnnnnnn....

Wednesday, September 22, 2010

Alia xnak makan ubat laaa plak...

Alkisahnya, Alia ni dah lama sgt laa batuk & selsema, dah byk hospital & klinik kami pegi since bulan puasa hrtu..ni dah almost 1 mth dia batuk & selsema. Last visit kat Klinik pakar Kanak2 Bangi hrtu, Dr try tukar ubat yg lain plak, mungkin ubat sebelumnye x rasi lg. Dr kata kita try 1 week ni dulu tgk camner condition dia, kalu still x ok lg terpaksa la kene admit....

waaaaaa masalahnye Alia skrg sgt2 susah nak mkn ubat laaaa....dulu dia mmg suka mkn ubat,kini ubat khas untuk jantungnya pun dia refuse utk mkn....penin kepala xtau camner nak buat dah pelbagai cara kami cuba, masukkan dlm susu, masukkan dlm vitagen laaa, sume x jln daaaaa....ada sesiapa yg tau cara2 mudah utk bagi baby mkn ubat?? xnak ler nt kene admit kat hosp lg kesian kat dia. Hrtu pun masa 1st time amik nebuliser, dia nangis bagai nak rak....kita pun cam nak nangis sama....

kalu kwn2 ada idea yg menarik minat baby utk mkn ubat, bole ler share sama2 ye...

cepat ler sembuh Alia ye sayang......




tgk ni..camner xbatuk sayang...sume bende kalu jumpa nak masuk muluttttt kannn.....


Mood malas..



Hmmmmm...

dah seronok bercuti-cutian lama masa hari raya hartu....kini mood malas dtg lg...hehheheeee...nape laaa malas sgtt ni...??



banguuuuuuunnn....bangunnnnnnnnnn....bangunnnnnnnnnnnnnnnn


blog ni pun dah mula nak bersawang2 dah....heheeeeee....sabar je laaa kan...
jap tgh nak cari mood balik ni....ishhh..ishhh...ishh...

Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri Datang Lagi....


Dikesempatan ini saya & keluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri khas buat kwn2 yg mengenali kami..(cewaahhhh cam ucapan kat radio lak..) Maaf kiranya ada tersalah kata tersilap bahasa..Semoga kita dapat berhari raya bersama orang2 yg tersayang..

Kitorg beraya kat KL je thn ni rasanyer..raya pertama dirumah ibu mertuaku,di UK (Ulu Klang je laa...) pastu lepas sembahyang, mkn2 dah gerak ke Kg Seri Batu (hehehe...kat Gombak je...) Thn2 sebelumnye ada juga beraya dgn sanak saudara kat kg di N9, tp thn ni disebabkan keadaan Alia yg tidak mengizinkan & kesesakkan yg terlampau, so kami mengambil keputusan untuk tidak beraya jauh2 dari KL. Lgpun kat kampung2 dah xbyk sedara mara yg tinggal... (tp xtau laaa kot2 ade je last minit plan nak g mana2 nt..tp for sure x jauh dr KL laaa)

Tp tu laaaa, kesian kat anak2, mereka tidak dpt merasakan suasana raya yg sebenarnya cam kitorg dulu2...dpt main mercun, dpt g umah makcik2, jumpa atok2 kat kg, dpt kumpul byk duit raya, tgk pakcik2 bakar lemang..(waaaa rindu lak plak masa kecik2 dulu)...Bagi diorg raya ni cam xde apa2 yg menariknya..setakat balik beraya di KL, pastu tgk tv atau main game...



hmmmmmm betapa zaman dah byk berubah ye.. Camne ye cara nak bg diorg ni bole merasakan keseronokan Hari Raya yeee?? My fren kat opis suggest suh kitaorg cari kwn2 yg balik beraya kat kg, join diorg beraya, so budak2 leh laa merasa gumbira...hmmmmm cadangan yg bole diambil kira..(boleh ke Hubby, thn ni kita raya kat Johor, thn dpn kat Kelantan, pastu Melaka, pastu Kedah...??) Heheheeee....kene pk pasal budget laaa plak kan....Apa2 pun xkira dimana semoga kita gembira di Hari Raya nt ye....

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya

Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.

2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.


3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )


4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.


5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )


6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )


7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.
( Al-Albani telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )


Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.

Source: ePondok



Monday, September 6, 2010

Iklan Raya Petronas 2003

Iklan Raya yg paling best....!!!!!

Iklan Raya TV3 Kontroversi



Ada sesiapa yg sempat tengok iklan ni? hmmm... 1st saya tgk terkejut yg amat..kenapalah sampai mcmni sekali nak buat iklan raya pun? dah ketandusan idea sgt ke??kenapa pihak TV3 sanggup nak menyiarkan iklan yg sebegini? xkan laa nak harapkan duit semata..??anak2 saya yg kecil tu pun bole bertanya, kenapa iklan raya mcm krismas..???

Nasib baik lah ramai yg sedar, & pihak TV3 pun nak menarik balik iklan tersebut & meminta maaf kepada semua. Diharap mereka lebih peka pada sensitiviti rakyat Malaysia ye...jgn hanya nak tangkap muat je...

Rindu kat iklan2 raya Arwahyarhamah Yasmin Ahmad...begitu penuh makna..nampak gaya skrg masih belum ada sesiapa lagi yg dapat menghasilkan iklan2 Hari Raya sehebat dia kan...

Friday, September 3, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan

Al-kisahnya semalam plan dgn family nak g berbuka puasa kat luar laaa kononnye..tp x buat reservation pun. Anak2 dah xde mood nak makan kat umah, bondaku pun dah penin nak pk masak apa..dah abis idea laa ni konon2nyer...heheheeee....Tipon sana sini sumenyer fully booked (nasib laaa kan, ni gara2 last minit planning laaa ni), last2 dah dekat kul 7mlm tu saya lintang pukang ler masuk dapur masak utk berbuka puasa...

haaaaa...menu yg sgtt simple & paling sedap sekali....perrrhhhhh



inilah menu special utk berbuka puasa semalam...disukai ramai....MAGIE GORENG SPECIAL

sib baik laaa abis masak je, azan pun berbunyi....fuhhhhh legaaa.....diorg mkn 2-3 kali tambah ok...kan dah kata sedap in the world ....hehehheheee.


Lepas solat magrib kami pun meneruskan misi yg xjd tu...g mkn2..yeayyyy....kitaorg malas nak g jauh2, so drive ler g kat Giant Nilai. Kat sana ada byk kedai2 mkn yg baru dibuka..mcm2 adaaaa...Mula2 nak masuk kedai Q Thai, ada stimboat buffett,"eat all u can",cam besh laa plak..bila sampai sana, punyer ler sesak org2 ada yg xabis mkn lagi...tanya kat waiter tu, dia kata "sorry Puan, dapur kitorg tgh jem, pinggan mangkuk pun byk yg belum basuh lagi,kitorg x cukup kakitangan nak kemas, so kalu Puan nak, dtg lg 1 jam"...bole??? cettssssss dgn penuh rasa kuciwa kami pun kuar laaa, g cari tempat mkn yg aman skit kat Nilai tu....

Last2 kitorg g laaa mkn kat sini je...



Ok, not bad laaa mknan2 kat sini, yg paling anak2 suka ialah ice creammmmm..

sorry x sempat nak snap gambar2 mkanan, sbb dah lapor sgtt kan...gambar anak2 tgh mkn je ada ni...hehheeeeee

iffa dgn ice cream strawberry...

budak comeiii ni pun sibuk nak mkn yee...
seronok tgk Alia mkn fries cicah dgn thousand island (betul ke ejaan ni..)

Zaim & Nazam lak berebut2 mkn strawberry ice cream..
hmmm hilang batuk dah yeeee sayang...



so moral of the story nyer disni ialah.....jgn ler selalu buat keje last2 minit yee..mcm saya... :)

Semangat Merdeka

Minggu lepas, anak2 minta tlg hiaskan pakaian diorg sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Hmmm penin pk camner laaa nak hias baju dgn Jalur Gemilang ni...so, last minit nyer plan, pg2 lepas sahur duk menjahit & touch up anak-anakku dgn Jalur Gemilang ni...hmmm ni laaa hasilnyer...

tadaaaaaaaaaaaaa.........................



Zaim dgn songkok Jalur Gemilang & Iffa dgn ala2 selendang Jalur Gemilang....
Camner??...comeiii kannnn.....hasil rekaan ibu yg very the last minit...heheheee...
xpe janji semangat merdeka tu ada kat anak2 kecil ni kan...

MERDEKA.... MERDEKA....MERDEKA.....

Wednesday, September 1, 2010

Result from last check up-IJN

Sorry dah lama x update blog ni...xtau nak ckp camne..rasa sedih..takut..marah...hmmm mcm2 ada di pikiran ni. Saya seakan terpaksa menerima (walaupun hati xrela... ) sewaktu Dr di IJN memutuskan Alia masih perlu menjalani operation. Sehingga kini, Alia masih perlu menunggu tarikh pembedahan daripada IJN dan sehingga itu jugalah hati ini jadi tidak ketentuan........

Jantung Alia masih lg belum ada menunjukkan sebarang perubahan walaupun dah merata kami bawa berubat..Kalu dilihat secara kasar, Alia mmg seorg kanak2 yg sihat...tp Alia telah disahkan Jantung berlubang sejak dari lahir lg...Kita hanya merancang, tp Tuhan jua yg menentukan...terlalu pedih nak terima hakikat bahawasanya nt Alia, seorg kanak2 yg aktif & ceria, akan terbaring dihospital selepas menjalani pembedahan jantungnya...bolehkah Alia seceria sekrg ni nt? bolehkah dia menahan kesakitan nt? waaaaaaaaa saya x sanggup nak pikirkan apa2 kemungkinan nt.....Bolehkah saya menjadi setabah kwn2 sekalian..?Perlukah saya berfikir sehingga begitu sekali..? salahkah saya?

"YA ALLAH....sembuhkan lah penyakit anakku..jadikan dia sihat sempurna...tabahkan hati kami untuk menerima segala yg telah Kau tentukan....Sesungguhnya kami mengharapkan yg terbaik untuk anak kecil ini.... "
Related Posts with Thumbnails