Thursday, June 30, 2011

3D Transformers....


semua orang sibuk nak tgk citer ni kan....ramai org ckp citer ni best....hmmmm anak2 pun dah excited sebenarnya ajak nak g tgk....tp mgu ni ayahnye bz menjang...so terpaksa ler postpone lambat skit yeeeee..........xper bg org2 lain g tgk dulu..kita g tgk kemudian2 udah lerrrr...hehehehehehe


so utk tidak menghampakan anak2....ni diaaaaaa tiket utk tgk transformers tu...ibu dah booked awal2 utk korang.....


taraaaaaa.......................




InsyaAllah nt kita g tengok sesama yeeeee......ni kira present utk Nazam sbb dpt tempat pertama kat sekolah...yeayyyyyy...!!!!!



Wednesday, June 29, 2011

Jalan2 pegi Zoo Negara

Ni aktiviti minggu lepas.....pagi2 ahad lg kitorg dah ada kat depan pintu masuk zoo negara, ulu klang...heheheheeee...ni semua gara2 ayahnyer ada golf tournament belah ptgnyer & nak elakkan anak2 berjalan dlm kepanasan...so digagahkan juga ke zoo negara pepagi buta...heheheheeee....sib baik umah MIL dekat je..so hari sabtu tu tido kat umah MIL...terima kasih gak pada MIL kerana sempat buatkan sarapan Nasi Lemak utk kami pg tu......marvelessssss...

Bayaran masuk dikenakan bayaran RM20 bagi dewasa & RM6 bagi kanak2....pastu nak naik train tu kene byr lagi additional RM3 utk dewasa & RM2 utk kanak2......(dulu free je kann.....) kitorg naik train tu je sbb malas nak jln2 jauh..so anak2 x dapat sgt ler mengenali byk haiwan2 kat sana, sbb train tu laju je....cishhhhhh....xpatut sungguh....tp anak2 tetap enjoy sbb dapat pegi zoo espcially Alia sbb dpt tgk haiwan2 tu secara live....hehehehehe...kitaorg sempat gak tgk animal show kul 11.30pg tu...tp xbyk sgt haiwan2 yg buat show....tido lg gamaknyer haiwan2 tu....nampak cam kurang skit ler zoo negara ni...sy rasa zoo melaka lg byk haiwan2 kottt...

kita layan je gambar2 kat sini...














Monday, June 27, 2011

Check Up IJN


penat tgu giliran kat IJN....ni drama tangis2 belum start lg....


Last week check di IJN dgn Pakar Bedah, Ms Hew...selepas 2 bln Alia selamat dibedah....
sampai2 IJN je, Alia dah nangis2..agaknyer masih trauma dgn IJN tu....tgu giliran dalam 1 jam lebih gak ler masa tu...masuk2 pun dibantainyer nangis xhenggat...padahal Dr tu nak tgk luka jahitan hrtu je...hmmmm nak buat camne.....rasanyer dia masih terbayang2 lagi operation dulu tu..kalu kita pun trauma gakkk....

Alhamdullilah luka dah sembuh..cuma Dr Hew masih xpuashati sbb berat Alia xnaik2...2 bln lepas berat dia 10.3kg...masa jumpa ni berat 10.6kg je....

so kene refer kat pakar pemakanan plak.....Pakar pemakanan dah interview, so ibu kene ler bg berat badan Alia naik lg 3kg lepas niiii...(camne berat ibu lak yg naik dari Alia ni....., nak buat camne..setiap kali Alia xabis mkn, ibu dia yg kene abiskan....hehehehehehe) Dr suggest tukar susu baru...hopefully lps ni pertambahan berat dia OK....next appoitment kat IJN bulan November nt...

Baking mood...

Baking ini pun kene ada mood tau..kalu xde mood maka baking kita pun kureng menjadi betuiiii??.....................hehheee yer ke...?

skrg mmg mood tgh seronok nak buat kek...tq kawan2 sbb sudi order kek daripada saya ye...



chessecake with fruit topping




yg ni pun cheesecake for birthday anak member



Fruit tartlets





yg ni kek coklat cover with buttercream utk wedding

Macarons Class

Dah lama xupdate, xingat plak bila kejadian ini benar2 berlaku...hheheheee

teruja dgn warna macaron2 yg cantik, so sy pun telah mendaftarkan diri utk mengambil kelas macarons ini di LeaOven. tgj ni..comei je kan..rasanyer pun sedappppp.....yummeeeyyyyysss



ingat senang je nak buat, tp...hmmmmm cabaran sungguh...patut ler ramai yg jual macarons ni mahal2 ye...



ini ler rupanyer kelas yg saya belajar hrtu...kelas start kul 10 pg selesai jam 3 ptg....hmmm..tp sgt ler berbaloi2....thanks to sifu LeaOven sbb sudi ajar ye.....sesiapa yg berminat nak belajar bole ler ke sini..byk lg kelas2 baking yg dia buat.

Anak2 sgt suka macarons ni...nampak gaya kene lps ni kene ler ibu dia praktikkan apa yg dah belajar...heheheeeee

Saturday, June 18, 2011

Happy Birthday Alia

Happy 2nd Birthday Alia....



leka sungguh besday girl ni duk main iphone makcik dia....xheran langsung kek dia yg "comei" tu....hehehheeee (1st time ibu buat kek baby doll ni..tanpa attend class...waaaaa sgt2 teruja.....)




Besday kek Alia....coklat & orange kek...



hmmmm sib baik ibu ada assistant ni masa buat kek...hehheheee





HAPPY BIRTHDAY SAYANG...!!! semoga sihat selalu & menjadi anak yg solehah yerrrr.....

Jalan2 Cuti sekolah

Minggu terakhir cuti, baru dpt peluang bawa anak2 jln2...kesian plak kalu x g memana..xdpt g jln2 jauh, kita g dekat alamanda je pun dah ok...
kita layan je la gambar2 ni....



lepak sambil mkn ice-cream kat BR.....




pastu kita g main bowling lak....alaaaa budak tecik ni pun ak join yeeee....





seronok betul nazam dpt STRIKE....



gaya mcm pemain pro...hehheeheee...

lepas penat main & g jalan2..kita g tgk movie lak.....kita tgk citer ni yekk..



so berakhirlah aktiviti sempena cuti sekolah anak2 kali ini....hopefully diorg seronok..& lepas ni ada semangat utk kembali ke sekolah....

Friday, June 10, 2011

Dimanakah CINTA....




Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?




Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...
Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?

Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.
Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?







Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?
Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?





Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?






Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.








Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.
Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.

Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?
Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.





Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!










Hukum-Hukum Cinta...



Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.

Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.

Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.

Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.

Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.

Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.

Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.

Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.

Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.

Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.

Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.

Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.

Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.

Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.

Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!

Anak2 Pengubat Duka....


Bila masa2 kita rasa x tenteram....hati rasa duka...hanyalah mereka pengubat duka....



Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.
Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.


Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.
Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.
Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.
Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.
Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.
Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.
Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.
Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.
Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.
Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?
Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?
Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.
Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.
Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...
Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.
Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.


Jiwa kacau....


Ya Allah..jika diri ini dikhianati,aku hanya memohon perlindungan dariMu wahai yg maha Agung,jika diri ini telah disakiti,aku hanya memohon kekuatan dariMu agar aku bisa meneruskan sisa kehidupanku,jika orang yg telah menganiayai aku sedang berbahagia,Engkau redhakanlah aku dengan segala takdir dan ketentuanmu untukku..peliharalah aku dr sifat dendam dan iri hati..sesungguhnya aku adalah hambaMu yg amat lemah.


‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
1. Punca wanita menangis.

■Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
■Mengurangkan stress.
■Tanda keinsafan/penyesalan.
■Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.

■Dapat perhatian
■Suasana rumah tangga tergugat.
■Lelaki jadi bingung.
■Orang lain dapat mesej.
■Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

Source: Mujahidah Muslimah

Suami : Ketika Isterimu Menangis, Genggamlah Erat Tangannya..

something to share.....
Posted by Aniz Hj. Anwar on April 18th, 2011






Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk
begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


Related Posts with Thumbnails