Tuesday, April 26, 2011

IJN day 1

salam semua...just nak share perjalanan pembedahan Nur Alia di IJN tempohari.

13hb April masuk wad Melor Tingkat 5, IJN


admission ke wad kul 2ptg...selesai membuat pendaftaran & pembayaran, kami terus ke blok B, tingkat 5. Alia cam rileks je sbb dia pun bukannyer tau apa lg kan....dah selesai dapat katil semua, kene buat echo & xray plak....selepas semua selesai, kami berjumpa dgn pakar bedah Dr Hew Chee Chin. Dr Hew explain cara2 pembedahan yg akan dilakukan nanti. Alia akan menjalani satu pembedahan yg besar iaitu Ventricular Septal Defect closure.


Pada mulanya pembedahan dijadualkan pada hari Jumaat 15hb April....tp tiba2 je pagi Khamis tu 14hb April, Dr bagitau pembedahan akan dijalankan ptg krn ada pesakit yg cancel.....waaaaaa hati saya dah mula xtenteram..air mata ni jgn citer lerrrr...konon nak sorok,xnak nangis depan Alia....tp ibu xmampu laaa sayangggg...bayangkan dtg IJN dia sihat2 je..pastu nak serahkan ke Dr utk buat satu pembedahan besar tu....


Tgk ni wajah2 ceria Alia sebelum pembedahan...









yg ni Alia tgh intai ada baby menangis, yg baru lepas operation....ishhhhh sibukk je kan......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails