Pagi td dengar radio HotFM sambil drive ke opis, terasa sayu bila diorg pasang lagu ni....Lagu ini sungguh menyentuh hati dan naluriku....
Andailah kita tahu bila ajal kita.....
Setiap kali lagu ni dimainkan, saya sering menitiskan airmata..takut juga x sempat utk bertaubat dan memohon ampun kepadaNYA....
Moga Allah memudahkan kita untuk terus beramal sehingga akhir ayat kita. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan tipu daya yang merosakkan.
Semoga lagu ini memberi keinsafan pada kita semua..insyaAllah..
Dari Abu Musa r.a, dari Nabi A.W.W katanya : "Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yg bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yg bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat;"
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasullullah S.A.W bersabda : "Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang."
aida pernah dengar lagu ni dinyanyikan Ramli Sarip? fuhhhh lagik menusuk kalbu...
ReplyDeletememang meremang la bulu roma, cuba aida search carik...dia nyanyi sempena file dua alam dr.rozemey tuh
ye laa best gak papa rock ni nyanyi...ini versi malaysia yek..? dah tgk kat sini http://www.youtube.com/watch?v=fFIBoQr1rY8
ReplyDeletebtw citer ni bila nak kuar ek?cam best je...