Friday, August 20, 2010

Resipi untuk dicuba

Ni ada resipi baru untuk anda mencuba di bulan pose ni, nampak cam bestt je, tp saya belum penah try lg....thanks to Kak Jie sbb sudi kongsi dgn kami kat opis ni..


Telur Goreng Cencalok

Bahan-bahan

3 biji telur gred A
1 biji bawang besar, dihiris halus
1 ulas bawang putif, dicincang halus
1 tangkai kacang panjang, dihiris halus
4-5 biji cili padi, dihiris halus
6 tangkai daun kucai, dihiris halus
i pokok kecil daun sup, dihiris halus
2 camca besar cencalok, toskan dan perah sedikit

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan tadi bersama telur, kacau dengan garfu sehingga semua bergaul sebati. 2. Panaskan minyak dlm "non-stick pan", dan tuang bancuhan telur. tutup permukaan frying pan dengn tudung periuk. Masak guna api sederhana.
3. Bila permukaan telur kelihatan kering, dengan berhati2 terbalikkan telur dan masak hingga kedua2 permukaan garing dan kuning keemasan. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat & sambal belacan.....

2 comments:

  1. camm sodapp yo... nak try tp kene carik cencalok la plak hehehe

    ReplyDelete
  2. wah,first time tgk resipi ni..boleh cuba nnti.dah kering idea nk masak apa dah skang ni.thanks ye aida.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails