Wednesday, August 25, 2010

Berita Harian Online | Budak tiga tahun disembelih bapa

Sedih baca Berita Harian Online hrni, 25 Ogos 2010. Kesian kat budak yg berumur 3 thn tu...apa lah salah budak sekecil ni menjadi mangsa bapanyer sendiri...tp xleh nak salahkan bapanya juga sbb bapanya pernah menjalani rawatan mental. Dugaan betul hidup kat bandar2 besar camni ye...pasti ada masalah yg x dpt di atasi sehingga sanggup bertindak kejam sedemikian rupa. Apa2 pun di harap ibunya, Puan Nik Suzila tabah dan bersabar ye...

Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah anaknya...


Berita Harian Online Budak tiga tahun disembelih bapa

Tuesday, August 24, 2010

Semoga semuanya selamat ye...

Salam...Just nak share yg Hari Khamis nt Alia ada appointment kat IJN, KL. Further check-up dgn Dr. disana. Minta semua rakan2 doakan semoga Alia berada dalam keadaan sihat ye nt...InsyaAllah berkat di bulan Ramadhan ni dan Syawal yg bakal tiba, akan ada khabar gembira untuk kami sekeluarga....

Ibu dah mula rasa seram sejuk ni bila tarikh appointment di IJN semakin hampir...tp bila tgk Alia senyum ketawa..buat ibu lupa semuanya sayang.....Memmag Alia seorg baby yg kuat, walaupun ada penyakit, tp tetap aktif seperti baby2 lain..dan skrg sgt suka bergaduh dgn abg2 ye...Moga Allah perkenankan doa kami semua untuk lihat Alia terus sihat mcm kakak dan abang2 ye...

Ya Allah, kuatkan diri kami, berikan kami kesabaran untuk menerima semua yg terjadi ke atas diri kami,Sembuhkanlah segala penyakit anakku, jadikanlah dia sihat dan sempurna,
Ya Allah..kabulkan lah permintaan kami, berilah kami jalan yg menuju kesembuhanMu, Sesungguhnya kepadaMu kami memohon dan kepadaMu kami berserah...Amin...

Jalan-Jalan Nilai 3

Minggu lepas curi2 masa jln2 dgn my mom, sis & 2 daughter g Nilai 3...heheheee. Kitorg tinggalkan the boys kat umah dgn atuknya. Diorg mmg x suka ikut kalu ibunya nak g Nilai 3, so trick kalu xnak bg the boys ikut g mana2..ckp je ibu nak g Nilai 3...gerenti diorg xnak ikut...sbb tau perangai ibunya yg suka berlama-lamaan di sana, walaupun x beli..cuci mata pun cukup...hehheee.. (tp terbeli sudah....)

We all g sana dalam kul 11 lebih..ya ampunnn ramai gak org2 yg sibuk bershopping ye..maklumla dah nak raya kan...lgpun mcm2 adaaaaaaaa.....

Punyer ler letih yg amat kuar masuk kedai2 kat sana, nak2 dibulan puasa ni kan..sabar je laaaaa...kitorg sempat gak ler memenuhkan kereta MyVi adik dgn hasil tangkapan di Nilai 3 tu...hehheeee sorry yeekkk mieza..ni kalau bawa kete besar pun mesti penuh gak kan...(ala pompuan,biaser laaaa..ye ke??....hehhehe)....


Iffa sempat posing kat kedai karpet...berkenan sungguh dia dgn karpet tu...


My mom yg dah kepenatan memilih karpet....adoiiiiiiii


Kesian kat Alia..kepenatan mengikut kitorg meronda di Nilai 3..so dlm kul 4 lebih kitorg dah gerak balik ke rumah..sampai2 rumah je semua pengsan kepenatan...hehheeeee



Merdeka di Bulan Ramadhan

Sedar x sedar, x lama lg kita akan menyambut Hari Kebangsaan negara kita yg ke-53. Tema Hari Kebangsaan pada tahun 2010 ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi. Gah gitu kan tema pada tahun ni, harap-harapnya tercapailah apa yang nak ditransformasikan nanti.

Hari Kebangsaan disambut setiap tahun di Malaysia sebagai tanda negara bebas daripada dibelenggu penjajahan. Kebetulan pula pada tahun ini kita akan menyambutnya pada bulan puasa, so sama-sama lah kita berdoa agar kita dapat hidup aman & harmoni ye...

Kat area perumahan saya Jalur Gimilang berkibar megah menghiasi jalan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN !!!

Friday, August 20, 2010

Resipi untuk dicuba

Ni ada resipi baru untuk anda mencuba di bulan pose ni, nampak cam bestt je, tp saya belum penah try lg....thanks to Kak Jie sbb sudi kongsi dgn kami kat opis ni..


Telur Goreng Cencalok

Bahan-bahan

3 biji telur gred A
1 biji bawang besar, dihiris halus
1 ulas bawang putif, dicincang halus
1 tangkai kacang panjang, dihiris halus
4-5 biji cili padi, dihiris halus
6 tangkai daun kucai, dihiris halus
i pokok kecil daun sup, dihiris halus
2 camca besar cencalok, toskan dan perah sedikit

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan tadi bersama telur, kacau dengan garfu sehingga semua bergaul sebati. 2. Panaskan minyak dlm "non-stick pan", dan tuang bancuhan telur. tutup permukaan frying pan dengn tudung periuk. Masak guna api sederhana.
3. Bila permukaan telur kelihatan kering, dengan berhati2 terbalikkan telur dan masak hingga kedua2 permukaan garing dan kuning keemasan. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat & sambal belacan.....

Thursday, August 19, 2010

Berbuka Puasa di Hospital Bersama Ayah...


Semlm seronok sgt krn saya & adik dapat berbuka puasa bersama-sama ayah yg tercinta kat Hospital Putrajaya. Ayah tetap ingin berpuasa walaupun sedang menjalani rawatan kimoterapi di hospital. Saya sgt kuat, dia x pernah nak tunjukkan kesakitan dia pada sume org.....Kesian duk terbayang ayah berbuka puasa sorang2, so kitaorg decide utk temankan ayah. Ayah mmg x berapa lalu mkn makanan di Hospital tu, biaseler kan mkanan hospital....so kitorg tapaukan dia nasi goreng ayam & meehon goreng kat PARAM.....yg lawaknyer kami plak yg menghabiskan mkanan ayah tu....hehheheeeee









tgk ni abis licin kami abiskan nasi ayah...ok per sesekali mkn mknan kat hospital ni...hehheheheee









Tengok ni...adik sempat lg menapau mkanan ayah...

Semoga ayah cepat sembuh & dpt bersama-sama kami menyambut puasa & hari raya bersama nt...........kami SAYANGGGGGGG AYAH......

========================================================

Fadhilat Terawih

Malam ke 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

10 Keutamaan Orang yg Berpuasa


Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah:


Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

Source: Pondok Habib
=======================================================================
Fadhilat Sembahyang Terawih
Malam ke 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Related Posts with Thumbnails